PETALING JAYA – Penduduk di negeri Sabah dinasihati berhati-hati ekoran amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan cuaca buruk itu dijangka akan berlarutan sehingga pukul 10 pqgi.
Ia melibatkan kawasan Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas) di Sabah.
Jelasnya lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam yang dah sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE