fbpx

Dua maut langgar lori buat U-turn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bawah lori 10 tan dalam kemalangan berhampiran Balai Polis Bukit Raja, Klang.

KLANG – Dua maut selepas kereta dinaiki melanggar sebuah lori 10 tan yang membuat pusingan U berhampiran balai polis Bukit Raja di sini, pagi tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali Andrew Cheng, 20, dan Chee Wai Loo, 22 disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai tujuh anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 2.29 pagi dan tiba enam minit kemudian.

Katanya, akibat pelanggaran itu kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza telah terperosok masuk di bawah lori tersebut.

“Bomba mengambil masa lebih sejam bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan jengkaut.

“Kedua-dua mangsa yang cedera parah kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pemandu lori tidak dapat dikesan dipercayai telah meninggalkan lokasi kejadian dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI