fbpx

Pesilat negara harus berlatih lebih gigih buru emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLET mahupun jurulatih silat perlu menggiatkan sesi latihan mereka sekiranya berhasrat memburu kemenangan di Hanoi, Vietnam selepas meraih dua pingat emas, enam perak dan empat gangsa di Singapura kelmarin.

PERSEKUTUAN Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menuntut atlet negara terus bekerja keras dalam baki tempoh dua bulan sebelum menuju ke Sukan SEA Vietnam di Hanoi yang membuka tirai pada Mei nanti.

Pada Kejuaraan Pencak Silat Asia Tenggara edisi ke-8 di ­Singapura, ia menyaksikan kebangkitan Vietnam apabila meraih sembilan emas meskipun pengenalan peraturan baharu silat digunakan buat pertama kali.

Setiausaha Agung Pesaka, Bibi Aishah Golbal Shah berharap, atlet mahupun jurulatih terus menggiatkan sesi latihan sekiranya berhasrat untuk memburu kemenangan di Hanoi selepas meraih dua emas, enam perak dan empat gangsa.

“Atlet negara perlu melipatkan gandakan usaha selepas melihat kepada aksi yang dipamerkan Vietnam yang benar-benar baik, terutama mereka adalah tuan rumah Sukan SEA nanti.

“Selepas berakhirnya kejohanan di Singapura, saya me­nuntut atlet dan jurulatih sama-sama bekerjasama meneruskan sesi latihan lebih gigih. Kalau mereka mensia-siakan baki dua bulan ini, saya rasa peluang kita meraih emas di Hanoi agar sukar.

“Namun, ketika di Singapura beberapa atlet turut melakukan kejutan dan saya harap prestasi itu dapat dikekalkan,” tegas Bibi ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Arena OCBC di negara republik itu, Pesaka hanya menghantar 14 daripada 25 pesilat negara selepas terpaksa menjalani kua­rantin apabila beberapa atlet disahkan positif Covid-19 sebelum berlepas ke Singapura.

Pada saingan tersebut, dua pesilat negara, Nur Syafiqah Hamzah dan Muhammad Khairi Adib Azhar berjaya merangkul pingat emas masing-masing dalam acara jurus tunggal Puteri dan kategori putra kelas B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI