fbpx

Tze Yong sedia mengejar Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG gembira diberi peluang untuk beraksi pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas Zii Jia menarik diri.

PERSEORANGAN lelaki negara yang sedang meningkat naik, Ng Tze Yong meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 30 teratas ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menje­lang akhir tahun ini.

Keyakinan itu dilaungkan pemain berusia 22 tahun tersebut selepas membantu pasukan badminton lelaki Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam bulan lalu.

Bagaimanapun, Tze Yong yang memenangi tiga kejohanan dalam saingan musim lalu menegaskan, masih jauh untuk dia berada sebaris dengan perseora­ngan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia.

Justeru, dia yang berada di ranking ke-46 dunia berharap untuk terus mengejar kedudukan pemain profesional itu dengan me­nampilkan aksi terbaik dalam setiap kejohanan tahun ini.

“Saya rasa semua orang tahu tahun ini saya meletakkan sasaran untuk berada dalam kelompok 30 teratas dunia. Sudah tentu saya harap boleh capai sasaran yang diletakkan.

“Berhubung saya dan Zii Jia, saya rasa standard dengan dia masih ada jarak, lebih-lebih lagi dia berada dalam kelompok 10 teratas dunia. Oleh itu, saya perlu kerja keras untuk kejar,” kata Tze Yong.

Pada masa sama, dia juga menganggap kemenangan pada BATC sebelum ini turut menjadi suntikan semangat buat pemain-pemain negara bagi menampilkan aksi lebih baik menjelang saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand Mei depan.

“Memandangkan kita bermula baik tahun ini dengan memenangi BATC, saya fikir ia beri lebih keyakinan apabila beraksi di Piala Thomas nanti. Saya percaya, kita boleh beri tentangan di sana,” ujarnya.

Saingan Piala Thomas nanti dijangka menjanjikan aksi lebih sukar buat Malaysia meman­dangkan negara-negara lain akan mempertaruhkan skuad terkuat, berbeza jika dibandingkan de­ngan BATC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI