fbpx

Skuad Warga Kota sedia bangkit Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENDOZA

KEKALAHAN kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan sumbangsih langsung tidak memberi kesan besar buat Kuala Lumpur City menjelang pembuka tirai Liga Super menentang Selangor di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Sebaliknya, penjaga gol KL City, Kevin Mendoza merasakan kekalahan itu sebagai pengajaran berguna dan boleh dijadikan sebagai amaran awal yang cabaran lebih getir menanti pasukan pada kempen 2022.

Mendoza juga menyifatkan sokongan peminat pada Sabtu lalu cukup mengujakan dan ia menjadi suntikan semangat buat pemain pamer kebangkitan pada Derbi Lembah Klang nanti.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang terus menyokong kami pada aksi Sabtu lalu. Kami sudah pun berjuang sehabis-habisan, namun kejayaan tidak berpihak kepada kami.

“Kami akan kembali bangkit dan berjuang untuk kelab, penyokong dan bandar raya ini (Kuala Lumpur),” katanya.

Selain Selangor, pengendali KL City berdepan tiga lagi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Kedah Darul Aman (KDA) pada 9 Mac, JDT (6 April) dan Melaka United (9 April).

Terdahulu, JDT berjaya membalas dendam kekalahan di pentas Piala Malaysia musim lalu apabila menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut apabila menewaskan KL City 3-0.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI