fbpx

Pang-gon jengah fasiliti Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU AMIR SHAH (kanan) menjelaskan sesuatu kepada Pan-gon serta rombongannya yang melawat ke Pusat Latihan FAS di Shah Alam semalam. – FAM

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon terus bergerak ‘menjelajah’ negara selepas menjadikan skuad Selangor FC sebagai destinasi kedua apabila hadir ke Pusat Latihan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Shah Alam bersama barisan kejurulatihan kelmarin.

Pengerusi Selangor FC, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyambut baik kehadiran Pan-gon dan de­legasi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melihat dengan lebih dekat fasiliti skuad Gergasi Merah.

“Saya harap staf kejurulatihan baharu yang diketuai oleh Pan-gon dapat membawa kejayaan kepada skuad Harimau Malaya.

“Sudah tentu dengan kehadi­ran barisan kejurulatihan import ini, kita mahu melihat mereka ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan bola sepak dan ini peluang untuk pemain-pemain kita me­ningkatkan lagi tahap permainan apabila dipanggil ke pasukan kebangsaan.

“Ia akan memberikan kita satu perspektif baharu, idea baharu untuk cara kita berlatih, cara mempersiapkan pasukan dan juga dari sudut taktikal.

“Harap prestasi pasukan ­kebangsaan akan lebih meningkat dan kita dapat mencapai kemenangan serta kejayaan yang lebih baik,” kata Tengku Amir Shah yang juga Raja Muda Selangor dalam satu kenyataan semalam.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM, Datuk Sri Shahril Mokhtar yang juga Timbalan Presiden FAS.

Sejak diperkenalkan oleh FAM pada pertengahan bulan lalu, Pan-gon tidak menunggu lama untuk melawat fasiliti milik juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah, pengendali import dari Korea Selatan itu turut dilihat sudah melakukan ‘kerja rumah’ apabila hadir menyaksikan aksi Piala Sumbangsih melibatkan skuad Harimau Selatan menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Sultan Ibrahim, ­Sabtu lepas.

Pan-gon akan membimbing skuad Harimau Malaya buat kali pertama pada pada 14 Mac ini bagi menghadapi dua aksi antarabangsa di Singapura untuk bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura (26 Mac).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI