fbpx

FIFA gantung bola sepak Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD bola sepak wanita Rusia sepatutnya menyertai saingan Euro Wanita 2022 di England tahun ini tetapi terpaksa melupakannya selepas digantung oleh FIFA. – AGENSI

ZURICH – Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) serta Ke­satuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menggantung pasukan Rusia da­ripada menyertai kejohanan pe­ringkat kelab dan antarabangsa berkuat kuasa serta-merta.

Penggantungan itu menyaksikan skuad lelaki Rusia dihalang penyertaan beraksi pada Piala Dunia Qatar 2022, manakala pa­sukan wanita untuk saingan Kejohanan Euro 2022 di England.

Keputusan itu turut menyebabkan Spartak Moscow dikeluarkan daripada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa musim ini yang sepatutnya dijadualkan menentang RB Leipzig pada 11 Mac nanti.

“Bola sepak bersatu dan bersolidariti kepada mereka yang terjejas di Ukraine. FIFA dan UEFA menggantung penyertaan kelab atau pasukan kebangsaan menyertai kejohanan sehingga diberitahu kelak.

“Presiden FIFA (Gianni Infantino) dan UEFA (Aleksander Ceferin) berharap situasi di Ukraine akan bertambah baik supaya bola sepak dapat kembali menjadi elemen perpaduan dan keamanan dalam kalangan rak­yat,” menurut kenyataan FIFA.

FIFA sebelum ini membenarkan Rusia beraksi di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Rusia (RFU) dan beraksi di venue neutral secara tertutup tanpa bendera negara serta lagu kebangsaan dimainkan.

Bagaimanapun, langkah itu ditolak oleh Presiden Persa­tuan Bola Sepak Poland, Cezary Kulesza yang menegaskan Poland tetap tidak akan menentang Rusia dalam aksi playoff Piala Dunia 2022 pada 25 Mac nanti.

Bukan sahaja Poland, Sweden dan Republik Czech, malah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) turut menggesa agar atlet-atlet dari Rusia dan Belarus perlu disingkirkan penyertaan disebabkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Bagaimanapun, RFU didakwa sedia mencabar keputusan itu mengikut undang-undang sukan antarabangsa kerana merasakan tindakan FIFA dan UEFA melanggar prinsip kesukanan, kesaksamaan, saling menghormati dan bebas daripada politik.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI