fbpx

LHDN berdepan cabaran hadapi berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (tengah) melakukan gimik pelancaran produk-produk baharu serta imej LHDNM pada Majlis Sambutan Hari Hasil 2022 di Menara Hasil Cyberjaya hari ini. Turut sama, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi (kanan). - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Perkembangan teknologi maklumat pantas kebelakangan ini menyaksikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu berdepan cabaran dengan banyak berita palsu.

Rintangan tersebut antara isu yang disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd. Nizom Sairi dengan menggelarkan kelompok berkenaan sebagai ‘wartawan rakyat’.

“Kebelakangan ini, kita berdepan cabaran yang lebih hebat ekoran kewujudan wartawan segera itu atau turut dirujuk sebagai ‘keyboard warrior’ dengan penyebaran berita tidak benar.

“Ia ditularkan secara meluas dengan pantas sehingga sedikit sebanyak telah menyukarkan pihak LHDN dalam usaha untuk meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Hasil 2022 di Menara Hasil, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nizom berkata, bagi membina semula imej dan reputasi yang tercalar, LHDN sedang menggiatkan usaha melalui aktiviti ‘turun padang’ mendekati pembayar cukai.

“Ini perlu dibuat menerusi siri libat urus secara kolaborasi bersama pelbagai agensi kerajaan, badan perniagaan dalam industri, organisasi bukan kerajaan dan sebagainya,” jelas beliau.

Pada masa yang sama ujarnya, cabaran tidak terhenti setakat itu apabila ‘keluarga LHDN’ bertanggungjawab memastikan rakyat lebih celik cukai dan mahu membayar secara sukarela.

Inisiatif itu akan dilakukan melalui sesi aktiviti kempen berterusan dengan fokus kepada pendekatan AES iaitu Awareness, Education, Services (Kesedaran, Pendidikan, Perkhidmatan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI