fbpx

Pelarian Ukraine beratur 48 kilometer untuk masuki Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Ukraine dirakam berjalan kaki menyeberangi sempadan negara mereka menuju ke Poland untuk menyelamatkan diri daripada peperangan. - CNN

KIEV – Pelarian Ukraine yang berpusu-pusu meninggalkan negara mereka menerusi Poland terpaksa menunggu sehingga 60 jam untuk menyeberangi sempadan, lapor stesen penyiaran CNN.

Laporan CNN mendakwa bahawa barisan panjang yang beratur di sempadan adalah sejauh 48 kilometer dan ia hanya bergerak 0.8 kilometer dalam masa 70 minit.

Pengawal Sempadan Poland membuat ciapan di Twitter bahawa 45,200 orang telah memasuki negara itu dari Ukraine setakat Sabtu lepas.

Lebih 121,000 lagi telah mula membanjiri sempadan sejak permulaan pencerobohan, kata pengawal itu.

“Seronok menyeberang tetapi juga amat menyedihkan untuk meninggalkan negara saya dalam keadaan berputus asa,” kata seorang wanita selepas menyeberang ke Medyka pada Sabtu lepas.

Di lebuh raya M13 ke arah satu lagi lintasan sempadan, pasukan CNN menemui sekurang-kurangnya lima pusat pemeriksaan yang disediakan di pintu masuk ke bandar yang mereka lalui. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI