fbpx

Amaran ribut petir hampir di seluruh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat hampir di seluruh negeri petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran dikeluarkan di Kedah melibatkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu sehingga lewat petang ini.

“Di Perak, ia membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di sebelah pantai timur, turut menerima amaran sama di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang,” katanya.

Sementara itu, di Terengganu ia tertumpu di kawasan Hulu Terengganu manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin.

Selain itu, amaran cuaca buruk turut dijangka berlaku melibatkan keseluruhan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Keadaan sama turut diramalkan berlaku di Johor melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“”Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri (Miri) dan Limbang.

“Di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Labuan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI