fbpx

MAIS sasar kutipan fidyah RM8.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan memperoleh kutipan fidyah berjumlah RM8.5 juta pada tahun ini.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, pihaknya dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) menggiatkan pelbagai program dakwah dan kesedaran berkaitan kewajipan melunaskan fidyah.

Katanya, sejumlah RM9.8 juta fidyah berjaya dikutip berbanding sasaran RM7 juta pada tahun lalu.

“Hasil kutipan itu, sebanyak RM8.1 juta turut sudah diagihkan kepada mereka yang berkelayakan.

“Menerusi usaha dakwah berterusan, kita menyasarkan kutipan fidyah RM8.5 juta tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, MAIS melancarkan Kempen Fidyah Negeri Selangor ‘Lunaskan Fidyah–Kewajipan Yang Sering Dilupakan’ secara atas talian menerusi Facebook (FB) rasminya disempurnakan Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS, Nurhani Salwa Jamaluddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI