fbpx

TH lantik 22 Pengelola Jemaah Haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara 22 wakil syarikat yang menerima lesen Pengelola Jemaah Haji bagi tahun ini di Menara TH Tun Razak, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah memberi lesen haji kepada 22 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya, Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2022.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pelantikan 22 PJH itu adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan syarikat setiap tahun.

“Sehingga kini, kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berhubung urusan haji untuk tahun 1443H/2022M daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Susulan itu, kesemua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat selagi belum mendapat surat tawaran tunai haji.

“Orang ramai hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen berhubung tawaran dan pakej haji.

“Individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” ujarnya.

Dalam pada itu, orang ramai boleh menyemak senarai PJH yang menerima lesen di laman web rasmi TH dan boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-62071919 untuk pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI