fbpx

Banjir di Kelantan bertambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Jalan Meranti - Rantau Panjang di Kampung Bakong, Pasir Mas yang masih dinaiki air petang semalam. - Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Situasi banjir di Kelantan semakin baik meskipun seramai 8,359 mangsa banjir masih ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10.30 pagi.

Keadaan itu boleh dilihat apabila hujan tidak lagi turun dan hanya cuaca panas diselangi mendung berlaku di kebanyakan daerah yang terjejas banjir ketika ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS di daerah Pasir Mas kini menempatkan mangsa teramai melibatkan 7,608 orang, diikuti Tanah Merah (288), Pasir Puteh (283) dan Kuala Krai (180).

Sementara itu, portal ebanjirkelantan.gov.my melaporkan, Sungai Golok, Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih berada pada paras amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI