fbpx

Meng Yean akan bantu pemain raih gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENG YEAN berharap kehadirannya dalam barisan kejurulatihan BAM mampu menambah ‘sengat’ buat skuad badminton wanita negara.

JURULATIH baharu beregu wanita negara, Lee Meng Yean menganggap pelantikannya ha­dir pada masa tepat meman­dangkan skuad badminton negara dalam persiapan bagi menghadapi saingan Piala Uber di Bangkok, Thailand Mei depan.

Beliau yang akan memulakan tugas baharu di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara esok mengakui peranan sebagai jurulatih mungkin le­bih berbeza berbanding ketika bergelar pemain sebelum ini.

Bagaimanapun, Meng Yean sedia untuk mencurahkan se­gala pengalaman serta ilmu yang ada bagi menaikkan prestasi skuad beregu wanita dalam usaha memenangi lebih banyak kejuaraan.

“Pertama sekali saya rasa kali ini seperti tukar karakter dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana dahulu saya bergelar pemain, sekarang sudah menjadi jurulatih.

“Saya sedia untuk berikan yang terbaik kepada pasukan dengan pengalaman yang ada bagi memastikan pemain-pemain catat keputusan cemerlang. Oleh itu, saya kena biasakan diri dengan tugas baharu ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas ini, pemenang pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu akan bekerjasama dengan Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky serta seorang lagi jurulatih beregu wanita, Hoon Thien How.

Jelas Meng Yean, beliau berharap kehadirannya dalam barisan kejurulatihan BAM mampu menambah ‘sengat’ buat skuad badminton wanita negara yang melayakkan diri ke Piala Uber secara merit selepas mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022.

“Saya keluar daripada BAM Januari lalu, jadi saya tidak mahu rehat terlalu lama. Terima kasih kepada BAM, Rexy dan Datuk Kenny (Goh) kerana beri peluang kepada saya untuk kembali sebagai jurulatih.

“Memang ini adalah waktu paling sesuai untuk saya jaga serta bantu semua pemain dengan mencurahkan apa yang saya ada. Apa yang penting sekarang adalah saya perlu bekerjasama dengan Rexy dan Thien How untuk bantu pasukan,” ujarnya.

Jumaat lalu, BAM mengumumkan mereka melantik Meng Yean sebagai jurulatih beregu wanita serta Dr. Tim Jones sebagai Pengarah Prestasi Tinggi selepas menjadi fisio selama empat tahun bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI