fbpx

Gergasi Merah dapat suntikan dana besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN Kamal mendedahkan bahawa skuad Gergasi Merah mendapat tonik bagi saingan Liga M musim ini selepas menerima 10 peratus peningkatan dana berbanding tahun lepas.

PASUKAN Selangor FC mendapat suntikan semangat untuk memberikan saingan hebat pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas dapat mengumpul dana yang jauh lebih besar berbanding tahun lepas.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Se­langor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon yang mengakui suntikan penajaan diterima pada kali ini dilihat dapat memberikan tonik terbaik buat pasukannya untuk menjulang trofi.

“Ada peningkatan dari segi dana untuk menguruskan ­pasukan musim ini dan kami mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang memberikan komitmen serta percaya dengan projek dirancang pasukan.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh dedahkan nilai sebenar dana pasukan tetapi apa yang boleh saya katakan, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding apa yang diraih pada tahun lalu.

“Sudah tentu saya harapkan apa yang pihak pengurusan lakukan di luar padang dapat diterjemahkan di atas padang dan harap pasukan mencapai keputusan yang membanggakan musim ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebagai rekod, pengurusan Selangor FC telah mengesahkan kehadiran beberapa penaja korporat eksklusif dengan kontrak bernilai jutaan ringgit sejak awal bulan lalu.

Sebelum ini, skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Michael Feichtenbeiner telah diletakkan sasaran untuk meraih salah satu slot automatik ke kejohanan peringkat Asia pada kempen musim depan.

Pasukan Selangor FC yang menduduki tangga kelima Liga Super musim lepas akan membuka tirai rasmi saingan pada Jumaat ini apabila dijadualkan bertemu dengan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI