fbpx

Jualan sektor automotif beri kesan positif kepada Pecca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pecca mahu mempelbagaikan cabang perniagaan baharu ekoran kedudukan kewangan yang semakin kukuh.

PETALING JAYA – Pengeluar upholsteri kulit automotif,  Pecca Group Berhad (Pecca) melaporkan pendapatan suku tahunan tertinggi bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021 (S222).

Pengarah Urusannya, Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, peningkatan itu didorong oleh jualan yang lebih kukuh daripada segmen automotif yang mana pelanggannya termasuk Proton, Perodua, Nissan, Toyota, Peugeot dan Volkswagen. 

Menurut beliau, Kumpulan mencatatkan pendapatan sebanyak RM45.2 juta pada 2Q22, mewakili peningkatan sebanyak 15 peratus  tahun ke tahun berbanding RM39.5 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. 

“Pencapaian memberangsangkan itu diraih apabila hampir semua pasaran seperti dari  Eropah, Oceania dan Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan hasil yang menggalakkan,” katanya dalam kenyataan.

Gambar hiasan

Hwa Cheng menerangkan, pendapatan yang dijana daripada perniagaan penjagaan kesihatan secara relatifnya konsisten pada RM4.81 juta berbanding RM4.84 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. 

Perolehan segmen penerbangan pula meningkat sebanyak 24.8 peratus tahun ke tahun kepada RM151,000 berbanding RM121,000 setahun sebelumnya.

Pecca melaporkan keuntungan bersih RM6.0 juta pada 2Q22 berbanding RM6.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

 Penyusutan sedikit keuntungan bersih sebanyak 0.82 peratus ekoran peningkatan dalam kos logistik dan penghantaran untuk segmen automotif. KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI