fbpx

Sasaran 70 peratus dos kedua syarat sambut Aidilfitri seperti biasa di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pelajar menerima vaksin Sinovac di sebuah sekolah rendah Islam di Banda Aceh baru-baru ini. - AFP

JAKARTA – Data vaksinasi Covid-19 menjadi salah satu rujukan kerajaan Indonesia dalam mengeluarkan peraturan berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022, lapor laman berita Kompas. 

Berdasarkan data terkini vaksinasi Covid-19 setakat kelmarin yang dikeluarkan di laman covid-19.go.id, seramai 190,672,557 penduduk telah menerima dos pertama dengan penambahan 269 orang daripada jumlah sebelumnya.

Manakala bagi jumlah dos kedua, seramai 143,779,623 penduduk dicatatkan dengan penambahan 3,932 orang daripada jumlah sebelumnya.

Begitu juga dengan jumlah penduduk yang menerima dos ketiga atau penggalak yang mencecah 9,809,784 orang dengan penambahan 229 orang.

Menteri Kesihatan, Budi Gunaidi Sadikin berkata, Hari Raya Aidilfitri boleh disambut seperti sebelum penularan Covid-19 sekiranya dos kedua mencapai 70 peratus daripada keseluruhan rakyat Indonesia. 

Jika sasaran dicapai, Budi berkata mungkin sekatan pergerakan yang terlalu ketat untuk rakyat akan dilonggarkan.

Menurut beliau, vaksinasi dos pertama telah disuntik kepada kira-kira lebih 190 juta penduduk negara itu atau kita-kira 70 peratus. Bagaimanapun, Budi berharap untuk mencapai sasaran dos kedua sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI