fbpx

PRN Johor: Calon Muda dikompaun langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azrol Ab. Rahani (tengah) menunjukkan surat kompaun yang dikeluarkan terhadapnya kerana didakwa melanggar SOP PRN Johor atas perbuatan 'fist-bump' dengan seorang penyokongnya pada hari penamaan calon, Sabtu lalu.

JOHOR BAHRU – Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menjadi calon pertama bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini yang dikenakan kompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam usaha membendung penularan pandemik Covid-19.

Azrol Ab. Rahani, yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal membuat penjarakan fizikal iaitu sentuhan tangan di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Permai di Dewan Raya Bandar Putra Kulai, Sabtu lalu.

Ketua Penerangan Muda, Luqman Long berkata, jika benar pihaknya melakukan kesalahan, parti itu sedia untuk bertanggungjawab dan membayar jumlah kompaun yang dikenakan.

“Namun, saya telah meneliti SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiada satu larangan menunjukkan tidak boleh untuk membuat ‘fist bump’.

“Sehubungan itu saya meminta pihak berwajib untuk menjelaskan tindakan penguatkuasaan yang diambil kerana pihak kami telah cuba untuk mematuhi semua SOP yang ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Bilik Gerakan Muda Bukit Permai, di sini hari ini.

Tambah Luqman lagi, pihaknya turut meminta tindakan penguatkuasaan dibuat secara lebih adil kerana merasakan ramai lagi calon daripada parti-parti lain yang turut bertanding turut melakukan perbuatan sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI