fbpx

Pulau Pinang, Perak antara tujuh negeri terima amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di beberapa negeri petang ini.

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu melibatkan keseluruhan kawasan di Pulau Pinang dan Melaka sehingga lewat petang ini.

Di Kedah melibatkan Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Selangor, cuaca buruk tertumpu di kawasan Hulu Selangor sementara di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Jelasnya lagi, amaran sama turut dikeluarkan di Sabah membabitkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga pukul 6 petang.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI