fbpx

Dovizioso bukan dalam radar Petronas SRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVIZIOSO dijangka memacu jentera Yamaha pada saingan GP Itali di di Misano, Itali bulan depan.

TIADA sebarang pertemuan atau perbincangan untuk membawa masuk pelumba Itali, Andrea Dovizioso selepas timbul spekulasi pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bersedia membawa naib juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) sebanyak tiga kali itu musim depan.

Khabar angin itu timbul sejak tertangguhnya pengumuman rasmi berhubung perpindahan juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi ke pasukan SRT yang sepatutnya diumumkan selepas Grand Prix (GP) Styria pada Ogos lalu.

Pelumba Ducati, Dovizioso didakwa meninggalkan pasukan Itali itu penghujung musim ini dan dikatakan menyertai pasukan dari Malaysia itu untuk bergandingan dengan Franco Morbidelli tahun depan.

Bagaimanapun Prinsipal Petronas SRT, Datuk Razlan Razali menepis khabar angin tersebut dengan mengatakan pihaknya tidak berminat untuk mendapatkan Dovizioso.

“Saya berterus-terang bahawa kami tidak mempertimba­ngan untuk membawa masuk Dovizioso bagi saingan pada musim 2021,” kata Razlan di Facebook miliknya.

Razlan sebelum ini membe­ritahu Kosmo! bahawa pihak­nya baru selesai membincangkan soal teknikal kru yang akan dibawa Rossi dan akan melakukan pertemuan sekali lagi untuk membincangkan mengenai kontrak pelumba Itali itu.

“Kita baru selesai membincangkan dengan Yamaha, setakat ini kita masih belum dapat tarikh mengenai proses menandatangi perjanjian de­ngan Rossi.

“Pada pertemuan itu kita turut membicangkan mengenai hak-hak perlumbaan dan sebagainya. Sebab itu kita akan ada pertemuan sekali lagi selepas ini untuk melihat lebih terpe­rinci soal kontrak,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI