fbpx

RM12 juta untuk baik pulih jalan raya sekitar Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Bandaraya Ipoh akan membaiki semula 67 lokasi jalan rosak sekitar bandaraya ini bagi memastikan keselamatan orang ramai. - GAMBAR HIASAN

IPOH – Kira-kira RM12 juta akan diperuntukkan pihak bagi kerja penurapan semula jalan yang tidak sempurna di seluruh bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, ia membabitkan 67 lokasi yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula pertengahan Mac hingga Julai ini.

Menurut beliau, kos pembaikan tersebut adalah menerusi dana Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

“Keseluruhan panjang jalan adalah 56 kilometer termasuk jalan utama di kawasan bandaraya Ipoh, pusat bandar, kawasan perumahan dan perindustrian.

“Tindakan membaikpulih jalan ini juga susulan respons daripada aduan pelbagai pihak berhubung isu kerosakan jalan di beberapa tempat sekitar bandaraya Ipoh,” ujarnya kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung penurapan semula jalan-jalan di bandaraya Ipoh di Bangunan Dewan Mesyuarat MBI di sini.

Katanya, antara aduan kerap diterima ialah jalan berlubang, permukaan jalan beralun, tampalan oleh agensi utiliti yang tidak sempurna serta kerosakan akibat takungan air.

“Tanggungjawab melaksanakan kerja penurapan ini diamanahkan kepada pihak konsesi iaitu syarikat Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. melalui peruntukan MARRIS.

“Kerja-kerja ini akan memakan masa. Kita perlu memahami faktor bandar lama yang sedang dibangunkan, jadi kita sekarang dalam proses menambahbaik dari aspek digital dan utiliti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI