fbpx

PRN Johor: Hasni mampu pacu kecemerlangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Izhar Ahmad (tiga kiri) bergambar selepas melawat The Tent di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dilihat berupaya untuk memacu kecemerlangan negeri ini sekiranya pentadbiran beliau memenuhi satu kriteria paling utama, iaitu memiliki pasukan saling melengkapi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Datuk Mohd. Izhar Ahmad berkata, pasukan yang saling melengkapi adalah pasukan yang boleh menutup kelemahan individu.

Menurut beliau, jika perkara itu dapat dilaksana, Hasni mampu mentadbir Johor mencapai kecemerlangan pada masa depan selaku Menteri Besar.

“Tidak elok untuk membandingkan seseorang individu, tetapi masih banyak ruang yang boleh beliau pertingkat dan perbaiki dalam memegang tanggungjawab itu.

“Untuk memimpin negeri kita harus ada satu pasukan yang bagus, yang pandangan jauh dan menolak ketepi soal politik sebaliknya fokus kepada tugas

“Jadi dia (Hasni) boleh lakukan dengan lebih baik sekiranya mempunyai pasukan dengan kombinasi baik dan menyumbang untuk menutup kelemahan masing-masing, saling melengkapi, itu yang penting,” katanya kepada pemberita selepas melawat restoran The Tent, di Jalan Yahya Awal, di sini hari ini.

Tambah beliau, kejayaan sesebuah kerajaan bukan sahaja terletak di bahu seorang individu yang diangkat sebagai ketua, tetapi sebaliknya adalah hasil kerjasama ramai pihak.

“Perancangan, ramalan, perbelanjaan dan pendapatan kerajaan mesti seimbang. Sebagai pentadbir kerajaan kita perlu guna kaedah yang menguntungkan kerajaan dan beri manfaat kepada rakyat.

“Jadi kita perlu beri beliau masa untuk dia perbaiki aspek yang yang kurang kerana sebagai manusia, kita semua tidak sempurna dan tidak pandai dalam semua bidang,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI