fbpx

3 sungai di Pahang lepasi paras amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tiga sungai di Pahang mencatatkan bacaan melebihi paras amaran hari ini, susulan hujan lebat yang melanda sejak semalam.

Menurut laman web rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), ketiga-tiga sungai berkenaan menunjukkan trend meningkat secara mendadak sejak awal pagi semalam.

Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut melepasi paras amaran apabila merekodkan bacaan pada paras 57.71 meter (m) manakala sungai Luit di Kampung Subuh, Maran mencatatkan 27.60m.

Selain itu, Sungai Kuantan di Pasir Kemudi, Kuantan turut melepasi paras amaran dengan bacaan 7.58m berbanding paras normal iaitu 4.60m.

Sementara itu, lapan lagi sungai di kawasan Jerantut, Bera, Rompin, Maran dan Kuantan turut menunjukkan peningkatan apabila melebihi paras waspada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI