fbpx

Kuala Lumpur Thunder benam Black Panthers 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Black Panthers tumpas kepada Kuala Lumpur Thunder pada perlawanan kedua minggu ketujuh Kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Bayan Lepas, hari ini.

GEORGE TOWN – Kuala Lumpur Thunder berjaya mendominasikan perlawanan menentang Penang Black Panthers apabila dengan mudah menewaskan tuan rumah 21-10, 21-12 pada perlawanan kedua minggu ketujuh dalam Kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Spice Arena, Bayan Baru di sini malam tadi.

Kemenangan itu menjadikan bekas Juara STL kekal menduduki tangga kedua carta STL musim ini dengan mengumpul 20 mata.

Di set pertama, sorokkan penyokong Penang Black Panthers telah mengundang kucar-kacir perlawanan apabila pasukan Kuala Lumpur Thunder menghadiah mata percuma buat tuan rumah 3-0 sebelum mengheret ke 5-0 di awal set pertama.

Perlawanan bermula sengit apabila gandingan tekong Kuala Lumpur Thunder, Syahir Rosdi, Amirul Zazwan (pengumpan) dan Azlan Alias (perejam) mula mendapat rentak dengan membuat rejaman tajam serta libasan balas ke pintu gelanggang tuan rumah.

Skuad Harimau Kumbang dilihat mula ‘rebah’ setelah pasukan lawan mula mendahului mata 11-6 sehingga Black Panthers terpaksa membuat pertukaran sementara tekong, Muhammad Zarif Merican Ibrahim Merican dengan Muhammad Faisal Mohd. Fuad.

Pasukan kendalian jurulatih, Mohamad Fazil Mohd. Asri Ahmad Sufian Napiah bagaimanapun mula bangkit setelah tekong importnya, Aakasit Naphom membuat rejaman tajam ke gelanggang lawan.

Bagaimanapun, semangat Kuala Lumpur Thunder tidak dapat dinafikan apabila Azlan dan Syahir mula melakukan beberapa serangan garang sehingga meninggalkan jauh Black Panthers dengan 19-8.

Pengumpan Black Panthers, Muhammad Zaim Razali dan Aakasit cuba mengejar mata pihak lawan namun tidak menjadi apabila ditinggalkan jauh 10-20 sehingga di akhir set pertama.

Memasuki set kedua, Syahir sekali lagi tidak mahu melepaskan peluang dengan melakukan beberapa aksi rejaman dengan gandingan dua rakannya tanpa sebarang tekanan.

Pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Mohd. Rashidi Nordin itu dilihat telah mendominasikan perlawanan terutama Syahir sehingga jauh meninggalkan tuan rumah 10-3 di set kedua.

Azlan dan Amirul juga dilihat seolah-olah mahu melepaskan geram dengan melakukan beberapa rejaman mudah sehingga merobek gelanggang Black Panthers.

Trio senior Black Panthers mula hilang keyakinan setelah Kuala Lumpur menggadakan retak permainan meskipun Aakasit dilihat cuba menyelamatakan keadaan dengan cuba mengejar mata buat pasukan.

Kuala Lumpur makin menghampiri kemenangan dengan menggadakan mata 19-10 dengan melakukan beberapa service Syahir dan Azlan.

Ternyata, corak permainan konsisten yang dipamerkan Kuala Lumpur melayakkan mereka memenangi perlawanan ke-10 pada malam ini dengan mata 21-12. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI