fbpx

Polis kenal pasti penunggang motosikal ‘wheelie’ dengan kelajuan 280 km/j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan aksi berbahaya penunggang motosikal berkuasa besar di Jambatan Kedua Pulau Pinang dekat George Town.

GEORGE TOWN – Polis telah mengenal pasti individu terlibat dalam satu video tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah motosikal berkuasa besar ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya tersebut.

“Polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan.

“Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hamizah Ahmad Rosli ditalian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat tular di media sosial hari ini yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi.

Manakala sebahagian sedutan video memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman itu yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan lebih 280 kilometer sejam (km/j). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI