fbpx

NSFC sasar terus kekal dalam Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Pelancaran Jersi Negeri Sembilan FC dan Memperkenalkan Pemain Liga Super 2022 disempurnakan oleh Tunku Syed Razman di Seremban, hari ini. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) mahu mempertahankan status sebagai pasukan tidak tersingkir dalam saingan Liga Super kali ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, beliau mahu pasukan itu mampu bersaing lebih lama disamping mengekalkan status pasukan saingan.

Katanya, pihaknya bersyukur kerana pasukan itu dapat kembali beraksi dalam Liga Super dan berharap NSFC memberikan saingan yang hebat.

“Harapan kami adalah bukan sahaja berada di dalam penyertaan tetapi kita mahu bersaing hebat dan baik pada semua pasukan yang beraksi.

“Sasaran kami dapat kekal beraksi bukan hanya untuk satu musim tetapi seterusnya. Kita tidak mahu masuk untuk satu musim dan turun liga. Kami mahu melakukan saingan yang baik untuk terus kekal di dalam Liga Super,” katanya ketika Maljis Perasmian Jersi dan Memperkenal Pemain Liga Super NSFC di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBNS Datuk Dr. Razali Ab Malik dan Naib Presiden PBNS Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani.

Dalam majlis itu, NSFC telah memperkenalkan lima pemain import baru iaitu Herold Mark Goulon dari Perancis, David Mawutor (Tajikistan), Evanonye Kossi Adetu (Ghana), Omid David Nazari (Filipina) dan Matheus Alves Leandro (Brazil).

Tambahnya, tiada kenaikan harga akan dikenakan kepada penonton bertujuan untuk menarik lebih ramai penyokong hadir ke stadium selepas ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI