fbpx

Bapa disangka kekasih anaknya sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QI BAO bersama bapanya yang sering disalah anggap sebagai pasangan kekasih. – odditycentral

BEIJING – Gara-gara memiliki wajah tampan lagi awet muda, seorang bapa di China menjadi bualan masyarakat kerana sering disalah anggap sebagai teman lelaki anak perempuannya yang berusia 15 tahun, lapor ­odditycentral.

Anak gadis berkenaan, Qi Bao berkata, hubungan dengan bapanya yang berusia 35 tahun itu memang rapat sejak dari kecil.

“Kerana wajah bapa kelihatan muda, rakan-rakan termasuk guru di sekolah mengesyaki saya telah mempunyai seorang kekasih.

“Sedangkan lelaki berwajah muda dan gemar berfesyen itu ialah bapa kandung saya,” kata remaja itu yang menetap di bandar Lanzhou, wilayah Ganzu.

Pasangan anak-beranak itu juga kerap memuat naik ­video mereka bersama di laman perkongsian video Pear Video ­sebagai hobi sejak tahun 2017 dan telah mengumpul ribuan pengikut.

Sekeping gambar yang dikongsikan remaja itu semasa kecil bersama bapanya menunjukkan wajah lelaki itu sememangnya kelihatan sangat muda seperti pelajar sekolah menengah.

Lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang rawatan istimewa pada wajah dan hanya mencuci mukanya dengan menggunakan sabun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI