fbpx

Luahan Pembaca: Organisasi kebajikan perlu ada fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
– GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai organisasi yang diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti kebajikan, sosial dan kemanusiaan, adalah wajar objektifnya perlu menjurus kepada program khidmat bakti, kemanusiaan dan sosial sama ada melibatkan masyarakat, organisasi atau individu.

Kewujudan organisasi ini mampu memberi impak lebih lagi dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

Penubuhan organisasi ini menjadi mata dan telinga kepada kerajaan dan korporat untuk mengambil tindakan sewajarnya. Organisasi ditubuh dengan objektif jelas dan diyakini kredibiliti dalam mengurus program dan perbelanjaan.

Setiap jawatankuasa, ahli dan bukan ahli dapat melaksanakan aktiviti sesuai dengan peraturan yang diwujudkan agar tidak tergelincir daripada landasan.

Organisasi berkebajikan harus mengamalkan sikap sederhana dalam mengurus program yang dirancang kerana langkah itu berupaya mendapatkan sokongan agensi awam atau swasta untuk kelangsungan program yang akan dijalankan.

Inisiatif tajaan pula seharusnya tidak menekan ahli agar mengeluarkan perbelanjaan besar yang akhirnya memberi beban kewangan selain beban tugas hakiki sedia ada.

Cari jalan mudah mengenakan yuran tinggi adalah salah satu kesalahan dalam pengurusan organisasi berkebajikan.

Organisasi perlu meneliti dengan mencari jalan melakukan aktiviti berkebajikan ke arah yang lebih baik dan mampu menaikkan semangat selain menyediakan beberapa peruntukan membantu ahli dan meraikan mereka yang berjaya.

Kesederhanaan adalah tonggak kepada kejayaan organisasi berasaskan kemanusiaan. Mengurus perbelanjaan supaya tidak membebankan adalah objektif utama.

Elakkan mengkayakan pihak yang ingin kaut untung kerana objektif utama adalah untuk meringankan beban ahli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI