fbpx

Kos perang Putin didakwa £15 bilion sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTIN mempengerusikan satu mesyuarat di Kremlin pada 24 Februari lalu. - AFP

LONDON – Sumber perisikan Kiev mendakwa bahawa perang Presiden Rusia, Vladimir Putin ke atas Ukraine menelan kos £15 bilion (RM84.47 bilion) dalam masa sehari, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Berdasarkan sumber tersebut, Kremlin dianggarkan berbelanja sekitar £45 bilion (RM253.40 bilion) menjelang akhir hari ketiga perangnya di Ukraine.

Pandangan itu dipersetujui oleh bekas ketua pertahan Estonia, Riho Terras. Beliau mendakwa bahawa perang Putin tidak berjalan seperti yang dirancang kerana Rusia semakin kehabisan wang dan senjata.

“Moscow terpaksa mengadakan rundingan dengan kerajaan pimpinan Volodymyr Zelenskyy sekiranya Kiev berjaya mempertahankan kemaraan Rusia selama 10 hari,” katanya di laman Twitter seperti yang dilaporkan MailOnline.

Sepanjang tempoh 10 hari tersebut, Moscow dianggar membelanjakan sejumlah £150 bilion (RM844.67 bilion) bagi membiayai perang di Ukraine.

Menurutnya, kombinasi impak sekatan Barat ke atas sistem perbankan Rusia akan menyebabkan Moscow semakin tersepit.

Terras turut mendakwa bahawa Putin ‘marah’ kerana menyangka Kremlin dapat memenangi dengan mudah perang ke atas Ukraine dan dalam masa singkat antara satu hingga empat hari sahaja.

Senario tersebut katanya, berlaku semasa Putin bermesyuarat dengan golongan elit Rusia di kubunya di Pergunungan Ural.

Memetik sumber perisikan Ukraine, Terras mendakwa bahawa Moscow hanya mempunyai bekalan roket untuk tempoh tiga hingga empat hari dan amat berhati-hati menggunakannya.

“Tentera Rusia kekurangan bekalan senjata. Kilangnya di Tula dan Rotenberg tidak dapat memenuhi permintaan senjata. Pengeluaran seterusnya adalah dalam tempoh tiga hingga empat bulan lalu. 

“Kilang-kilang itu tiada bekalan bahan mentah. Kebanyakan bahan mentah sebelum ini datang dari Slovenia, Finland dan Jerman kini terputus,” kata Terras.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Ukraine menyatakan bahawa kira-kira 2,800 askar Rusia terbunuh, manakala 80 kereta kebal, 516 kenderaan perisai, 10 pesawat dan tujuh helikopter Moscow musnah setakat kelmarin.

Di pihak Rusia pula, jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral Igor Konashenkov memberitahu, sejak serangan Moscow pada Khamis lalu, tentera Kremlin telah memusnahkan sebanyak 821 fasiliti tentera Ukraine, beserta 87 kereta kebal dan sebilangan sasaran lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI