fbpx

Amaran cuaca buruk di Lembah Klang, 6 negeri lain malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah yang dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Selangor kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan kesemua kawasan di Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bakal berdepan dengan cuaca buruk malam ini,” katanya di sini hari ini.

Manakala bagi Sarawak kawasan terlibat ialah Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, cuaca buruk tertumpu di kawasan pedalaman (Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan dan Kudat,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI