fbpx

Saguhati umrah tertangguh akan dijelaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris sedang berbual dengan pelajar yang menerima bantuan persekolahan pelajar asnaf tahun 2022 di Taiping hari ini.

TAIPING – Bayaran saguhati sebanyak RM1,671 seorang kepada 1,000 jemaah umrah kerana tertangguh urusan sebelum ini akan dilakukan Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (Motac)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya akan membantu Motac untuk menyelaraskan bayaran tersebut.

“Motac akan berhubung dengan pengurusan syarikat agensi pelancongan dan saya akan menyelaraskannya.

“Bagaimana pun ada jemaah yang belum bayar duit, jadi golongan ini tidak layaklah dapat saguhati yang dinyatakan.” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian bantuan persekolahan di Pusat Khidmat Pas Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.

Menurut Idris, sekiranya jemaah itu mempunyai dokumen membuktikan agensi pelancongan sudah membayar di Arab Saudi tetapi tidak ada pemulangan balik, maka mereka layak menerimanya.

“Yang penting ada dokumen pembayaran yang boleh dijadikan bukti,maka kita akan beri.

“Pembayaran sagu hati itu akan dikreditkan hanya mengunakan akaun simpanan Tabung Haji jemaah umrah bagi memudahkan urusan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI