fbpx

Dunia bimbang perang Ukraine, Korea Utara sibuk lancar peluru berpandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai menonton skrin televisyen memaparkan ujian peluru berpandu Korea Utara di sebuah stesen kereta api di Seoul hari ini. - AFP

SEOUL – Korea Utara melancarkan sebuah peluru berpandu balistik, kata Seoul yang menyaksikan Pyongyang menyambung semula ujian senjatanya selepas situasi tenang selama sebulan semasa temasya Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Perkembangan itu turut berlaku semasa tumpuan dunia beralih kepada Ukraine.

Pelancaran hari ini adalah yang kelapan oleh Pyongyang pada tahun ini termasuk ujian peluru berpandu paling kuatnya.

Di sebalik sekatan ketat antarabangsa, Pyongyang telah meningkatkan pembangunan ketenteraannya dan pada bulan lalu, mengugut mahu membatalkan janjinya untuk tidak melakukan ujian peluru berpandu jarak jauh serta senjata nuklear. 

Penganalisis-penganalisis meramalkan bahawa Pyongyang akan menggunakan kesempatan peralihan tumpuan Amerika Syarikat (AS)  kepada serangan Rusia ke atas Ukraine pada Khamis lalu dengan melakukan ujian baharu.

Tentera Korea Selatan menyatakan hari ini bahawa pihaknya mengesan sebuah peluru berpandu balistik dilancarkan ke arah Laut Jepun pada pukul 7.52 pagi (waktu tempatan) atau 5.22 pagi (waktu Malaysia) dari Pyongyang.

“Peluru berpandu balistik terbaharu ini memiliki jarak sekitar 300 kilometer dan altitud 620 kilometer, manakala butiran terperinci lain sedang dianalisis perisikan Korea Selatan serta AS,” tambahnya, manakala Jepun turut mengesahkan ujian misil tersebut.

Pejabat Presiden Korea Selatan, Blue House menyuarakan ‘kebimbangan dan kekesalan’ serta mengkritik masa pelancaran yang dilakukan semasa dunia melakukan usaha untuk menamatkan perang Ukraine.

“Ketika AS mengalih tumpuan kepada Eropah berhubung krisis Ukraine dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu gagal berfungsi, Pyongyang mengambil peluang (menangguk di air keruh),” kata penyelidik Institut Penyelidikan Korea  untuk Strategi Nasional, Shin Beom-chul kepada agensi berita AFP.

Katanya, Korea Utara melihat  waktu ini adalah sempurna untuk terus membangunkan senjata yang diperlukan bagi mengukuhkan persenjataan nuklear Pyongyang dalam konteks sebagai sebuah kuasa nuklear. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI