fbpx

SOP dua dos lengkap, dos penggalak solat Jumaat hanya di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan syarat dua dos lengkap dan dos penggalak untuk solat Jumaat di Selangor hanya terpakai di negeri itu.

Timbalan Ketua Pengarahnya (Dasar), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, syarat berkenaan ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan hanya terpakai kepada masjid dan surau di negeri berkenaan sahaja.

“Kerajaan Selangor telah menetapkan syarat menerima vaksin lengkap dua dos dan vaksin penggalak bagi membolehkan jemaah hadir ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Jumaat.

“Prosedur operasi standard (SOP) solat berjemaah di masjid dan surau di lain-lain negeri masih seperti biasa dan perkara ini adalah tertakluk keputusan pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, Jakim menghormati ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor dan menasihati umat Islam mematuhi SOP yang ditetapkan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI