fbpx

Cuaca buruk bagi tujuh negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan yang dijangka berlaku sehingga pukul 11 pagi hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada pagi ini.

“Di Perak kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, ramalan yang sama melibatkan Jerantut dan Kuantan di Pahang,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua kawasan di Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor bakal berdepan dengan cuaca buruk pagi ini.

“Begitu juga beberapa kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban dan Port Dickson,” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI