fbpx

Perak FC umum nama pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barisan pemain Perak FC dalam saingan Liga Perdana musim ini

IPOH- Teka teki mengenai pemain dan pegawai pasukan Perak FC bagi menghadapi musim Liga Perdana 2022 bermula Mac ini berakhir apabila kelab itu mengumumkan nama-nama pemain mereka.

Enam pemain skuad musim lalu iaitu Idris Ahmad, Mohd Firdaus Saiyadi, Muhammad Nasrullah , Danish Haziq, Muhammad Nazmi, dan Farid khazali adalah antara 20 pemain yang didaftarkan untuk menghadapi kejohanan bermula 5 Mac itu.

Turut disenaraikan ialah lima orang pemain piala presiden iaitu Akmal Hazim, Hakimi Isa, Syazwan Syazany, Alif Zikri dan Aiman Yousni.

Manakala baki sembilan pemain adalah dari skuad Perak FC II.

Mereka adalah dua penjaga gol muda Farhan Majid dan Yuganes Ganessan serta Nasrol Amri, Borhan Rahaman, Aiman Khairul Yusni, Khairul Syafiq, S Pavithran dan Aidril Faqil .

Sementara itu, belas pemain Faizal Zainal dilantik sebagai pengarah bola sepak manakala bekas jurulatih skuad pembangunan MSN-FAM, Yusri Che Lah selaku ketua jurulah pasukan itu.

Pengumuman nama pemain dan pegawai itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab, Muhammad Yunus Zakaria, hari ini.

Perak FC hanya boleh mendaftar seraia 20 pemain berikutan sekatan oleh badan induk bola Sepak dunia, FIFA terhadap Perak kerana berhutang tunggakan gaji. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI