fbpx

Tak perlu jadi pengasas bisnes untuk berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MTS QAIRY (berdiri di tengah) bersama pasukannya pada sesi High Performance Team Leadership Bootcamp (HPTLB) anjuran RichWorks baru-baru ini.

SHAH ALAM – Kejayaan dalam berniaga tidak semesti dengan menjadi pengasas produk atau perkhidmatan, ia boleh dicapai dengan menjual produk orang lain dan bimbingan yang betul, menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Empayar AilyQairy Sdn. Bhd.

Menurut Mts Qairy Maheran, kepakaran mereka adalah membimbing usahawan terutama ‘budak baru nak up’ (BBNU) menjalankan bisnes online dengan betul hingga bergelar jutawan walau hanya menjual produk orang lain.

“Saya dahulu seorang guru yang telah berkhidmat selama 18 tahun, manakala isteri saya seorang peguam. Selepas ikuti RichWorks, kami ambil keputusan untuk fokus pada bisnes.

“Kami bermula dengan menjual produk syarikat lain sebagai asas perniagaan dan berjaya memperoleh pendapatan lumayan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Mts Qairy menambah, beliau pernah terfikir untuk menghasilkan produk di bawah jenama sendiri, tetapi akhirnya membuat keputusan untuk fokus kepada penjualan produk selebriti seperti

Markaz Tijaari, Anas Cosmetics, Roopa Cosmetics, Rielkies, Babypian dan Nilofa Group.

“Setelah bisnes berkembang, kami menjadi pengasas bersama Markaz Tijaari bersama pengacara dan usahawan, Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail serta pengasas bersama Babypian by Sufian Suhaimi,” ujarnya.

“Sasaran kami tahun ini ialah melahirkan 16 orang jutawan di bawah entiti kami iaitu ButikKosmetik.com, Markaz Tijaari dan Nunha.

“Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi butikkosmetik.com,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI