fbpx

Exco FAM bukan ‘Pak Turut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. HISAMUDIN (kiri) menafikan dakwaan Teong Kim bahawa Exco FAM adalah 'Pak Turut' sebaliknya diberi ruang untuk memberi pandangan masing-masing, biarpun menentang arus.

AHLI Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan ‘Pak Turut’ seperti yang digembar-gemburkan oleh bekas pengarah program pembangunan bola sepak negara (NFDP), Lim Teong Kim.

Sebaliknya, keputusan-keputusan yang dirangka dalam FAM adalah berdasarkan semangat musyawarah di bawah kepimpinan presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Perkara itu ditegaskan oleh Exco FAM, Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya.

“Secara peribadi, sebagai seorang Ahli Dewan Negara yang membawa suara rakyat untuk dikemukakan kepada anggota Jemaah Menteri, takkanlah saya tidak dibenarkan bersuara di peringkat FAM?” soal Mohd. Hisamudin.

Mohd. Hisamuddin menegaskan, Hamidin mengambil pendekatan bermusyawarah dalam mentadbir urus badan induk bola sepak negera tersebut.

Katanya, Exco FAM juga diberi tugasan dan portfolio masing-masing bagi membantu urus setia FAM menyempurna dan melaksanakan keputusan yang dibuat di peringkat jawatankuasa dan pengurusan.

“Datuk Hamidin tidak mengamalkan kaedah autokratik dalam mengurus FAM.

“Sebagai seorang bekas Setiausaha Agung FAM yang memahami cara FAM ditadbir urus, Datuk Hamidin tidak berseorangan dalam membuat dasar-dasar FAM.

“Setiap ahli Exco diberi ruang untuk memberi pandangan masing-masing, biarpun menentang arus.

“Exco FAM memiliki pelbagai latar belakang, ada dalam kalangan kami usahawan, ahli akademik, peguam dan tokoh korporat, maka mustahil jika semua menjadi ‘Pak Turut’ atau tukang angguk sahaja,” tegas Mohd. Hisamudin.

Mohd. Hisamudin menambah, kritikan yang melampau yang ditujukan kepada Datuk Hamidin adalah tidak adil memandangkan beliau hanya benar-benar berpeluang menerajui FAM dalam tempoh dari Julai 2018 hingga Mac 2020 sebelum wabak Covid-19 melanda.

Dalam tempoh itu, katanya, pasukan senior negara menduduki tangga kedua di peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, manakala skuad bawah 15 tahun (B-15) negara kendalian P. Maniam muncul juara Piala AFF B-15 dan anak didik Bojan Hodak menjuarai Piala AFF B-19 pada 2018 dan muncul naib juara 2019.

“Senario ini berubah apabila seluruh keluarga bola sepak negara terjejas, termasuk pemain di semua peringkat akibat jadual pertandingan yang tertangguh atau tergendala disebabkan FAM akur kepada prosedur operasi standard (SOP) kerajaan,” katanya.

Mohd. Hisamudin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM serta Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM memberi raksi balas kepada kenyataan Teong Kim.

Terdahulu, dalam satu temu bual dengan sebuah portal, Teong Kim menyentuh kepimpinan FAM sambil menuduh Exco FAM sekadar akur kepada arahan Presiden, selain menegur struktur liga serta perkembangan pasukan kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI