fbpx

PRN Johor: BN gabung muka baru, lama untuk tawan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad.

JOHOR BAHRU – Semua calon yang diketengahkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 mempunyai pelbagai ciri yang mampu memenangi hati rakyat walaupun kebanyakannya muka baharu.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad berkata, pemilihan calon yang dibuat kali ini telah mengambil kira pelbagai faktor serta latar belakang.

Menurutnya, gandingan muka baru dan muka lama itu dilihat akan membantu dalam merealisasikan kejayaan pada PRN kali ini seterusnya memacu semula pertumbuhan Johor.

“Gandingan calon berpengalaman dan calon kelayakan itu seimbang untuk pertumbuhan negeri Johor lebih lagi dalam konteks pelbagai kaum. Ini mencerminkan kepelbagaian dalam BN.

“Saya amat yakin mereka mempunyai ciri dikehendaki dan ‘ramuan cukup’ untuk mendampingi rakyat. Mereka juga memahami arah tuju serta perjuangan yang telah digariskan parti,” katanya pada sesi temu bual yang disiarkan di sebuah stesen televisyen hari ini.

Mengulas lanjut, Hasni berkata, BN juga bukan parti ‘statik’ dan sentiasa terbuka dengan perubahan.

“Saya tidak merasa janggal kalu UMNO atau BN boleh mengemukakan calon yang lebih muda contohnya seperti di DUN Mengkibol.

“Itu menggambarkan bahawa BN tidak ‘statik’ tapi menjadi parti yang terus diremajakan serta mengetengahkan tokoh-tokoh bakat kepimpinan baharu,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI