fbpx

Lukaku mungkin panaskan bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU mungkin hanya akan memanaskan bangku simpanan pada pertemuan menentang Liverpool di final EFL ekoran masalah prestasi. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui beliau tidak berdepan masalah untuk membuat pilihan mengenai penyerang yang bakal disenaraikan berdepan Liverpool pada aksi final Piala Liga Inggeris di Wembley tengah malam ini.

Tanpa berselindung, Tuchel percaya bahawa penyerangnya, Kai Havertz telah menunjukkan bukti jelas dalam beberapa perlawanan lalu mengapa dia perlu diletakkan sebagai pilihan utama berbanding Romelu Lukaku.

Lukaku dilihat berdepan masalah prestasi sejak beberapa perlawanan lalu termasuk hanya tujuh kali menyentuh bola ketika Chelsea menentang Crystal Palace sementara Havertz pula semakin selesa dengan tugasnya sebagai penjaring gol.

“Dia (Lukaku) terlalu kerap diturunkan. Dia berdepan masalah kepenatan mental se­perti juga yang dialami oleh pemain tengah kami, Jorginho. Saya faham, fokus terarah kepada Lukaku.

“Keputusannya adalah jelas dan pemain juga menerimanya. Apabila anda bermain dengan Chelsea, anda perlu terima bahawa keutamannya adalah pasukan,” katanya.

Biarpun Tuchel masih enggan mendedahkan kesebelasan yang akan diturunkan nanti, Havertz dilihat hampir pasti akan berada dalam senarai skuad utama.

“Sama ada dia (Havertz) akan diturunkan masih belum muktamad. Kami akan membuat keputusan berdasarkan taktikal yang akan digunakan tetapi dia telah mempamerkan aksi yang baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tuchel turut mengesahkan pasukannya bebas daripada sebarang masalah kecederaan kecuali Ben Chilwell dan tidak menolak kemungkinan untuk menurunkan Reece James yang baharu pulih daripada masalah kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI