fbpx

Love In Lockdown taruhan perdana sooka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA Love In Lockdown yang merupakan siri original sooka mula dipertontonkan kepada peminat sejak 20 Februari lalu.

APLIKASI penstriman popular terbaharu, sooka akhirnya hadir dengan buah tangan sulung mereka berupa siri originals berjudul Love In Lockdown yang menemui penonton sejak 20 Februari lalu.

Naskhah yang dinanti-nanti pengguna, pelanggan dan pengikut sooka itu dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shah Iskandar, Julia Farhana Marin, Sara Mack Lubis, Bella Rahim dan banyak lagi.

Dihasilkan melalui kerjasama dengan syarikat produksi tempatan, Pho Sumpro, siri originals sulung sebanyak 10 episod itu telah pun menemui penonton secara eksklusif menerusi platform interaktif, sooka.

Menurut Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd. Kamal, pelancaran Love In Lockdown merupakan simbolik dan introduksi kepada khalayak mengenai kandungan menarik yang bakal ditawarkan sooka sepanjang tahun ini.

“Pelancaran Love in Lockdown ini adalah permulaan yang mantap bagi sooka untuk melancarkan keseluruhan 20 kandungan sooka Originals sepanjang 2022.

“Kandungan tersebut bakal dihasilkan menerusi kerjasama kreatif kami dengan beberapa syarikat produksi dan pencipta kandungan tempatan, penulis dan pengarah tersohor.

“Kerjasama strategik tersebut termasuklah bersama beberapa nama besar seperti Wan Hasliza daripada KL Motion Pictures, Redcom, Gayatri dan Infinitus, Datuk Afdlin Shauki dari Petra Visionworks, Arie Zahari Productions dan ramai lagi,” katanya.

 Love in Lockdown mengisahkan kesusahan peribadi dan keluarga di kala menghadapi wabak pandemik.

Emarina berkata demikian pada sidang akhbar secara virtual pelancaran siri originals perdana sooka bersama barisan pelakon baru-baru ini.

Tambahnya, pihak mereka juga optimis untuk terus menjalinkan kerjasama strategik bersama beberapa pihak berkaitan dalam usahawan menawarkan yang terbaik buat penonton.

“Kisah yang ingin kami sampaikan melalui sooka Originals bermula daripada aspirasi jenama kami untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza daripada yang lain.

“Justeru, kami ingin merealisasikannya melalui kerjasama dengan rakan kongsi kandungan tempatan yang mahir dalam bidang penceritaan dan yang memahami elemen yang dicari oleh khalayak dalam kandungan tempatan yang hebat,” katanya.

Love in Lockdown boleh didapati secara eksklusif di sooka dan menariknya, penonton boleh menyaksikan dua episod pertama secara percuma mulai 20 Februari dan menonton episod selebihnya dengan melanggan pelan Entertainment VIP sooka pada kadar harga serendah RM15.90 sebulan.

Diarahkan oleh pengarah berbakat besar, Mai Fernandez, Love in Lockdown mengisahkan tentang kesukaran yang dialami oleh individu serta keluarga akibat pandemik maut Covid-19 yang membadai dunia.

KATA Emarina, kisah yang ingin disampaikan melalui sooka original bermula daripada aspirasi jenama aplikasi tersebut untuk menjadi lebih berani, berwawasan dan berbeza daripada yang lain.

Naskhah tersebut juga memaparkan bagaimana kumpulan barisan hadapan (Frontliners) di negara ini khususnya yang bergelar doktor melewati hari-hari mendatang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

Sejak dilancarkan pada Jun 2021, Emarina menyatakan, matlamat utama sooka adalah untuk menjadi aplikasi penstriman hiburan tempatan pilihan utama yang diminati generasi millenial tempatan selain menyasarkan untuk menerbitkan lebih banyak lagi kandungan tempatan yang relevan untuk generasi tersebut.

“Apa yang membezakan sooka adalah keupayaan kami untuk menawarkan acara sukan global dan tempatan secara langsung dan pada masa sama menggabungkan pelbagai cita rasa tempatan seperti drama lokal bersiri dan filem, serta rancangan hiburan realiti dalam satu aplikasi.

“Menerusi perancangan untuk melancarkan lebih banyak kandungan sooka Originals tahun ini, penonton dapat menikmati penghasilan karya yang lebih variasi menerapkan elemen, cita rasa dan nilai lokal bersesuaian dengan minat serta pilihan golongan millenial tempatan,” ujarnya.

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia) atau kunjungi sooka.my selain memuat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI