PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat berserta ribut petir bakal berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan.
MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata, antara kawasan yang terlibat adalah Sepang, Selangor manakala dua daerah di Negeri Sembilan.
“Antaranya adalah Seremban serta Port Dickson. Cuaca buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 8 malam,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, menerusi laporan lain, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada bagi negeri Selangor melibatkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
“Amaran tersebut berkuat kuasa sehingga lewat malam nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.