fbpx

Lelaki warga asing maut dalam pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga asing maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah pusat jagaan orang tua, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun maut dipukul rakan sekerjanya menggunakan tukul besi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.05 pagi.

“Sebaik tiba pihak polis mendapati suspek berusia 33 tahun itu berada di lokasi kejadian selain memegang tukul besi yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan tersebut.

“Mangsa pula ditemui dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri selain berlumuran darah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, mangsa baru sebulan tinggal dan bekerja di pusat jagaan tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI