PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 dilaporkan telah berlaku di Mindanao, Fillipina pada pukul 2.15 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 5.6 darjah utara dan 126.3 darjah timur.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 53 kilometer (km) dan 166 km utara dari Pulau Talaud, Indonesia.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE