fbpx

Operasi tangkap harimau belang diteruskan di Kampung Remau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrul Hatta (duduk, dua dari kanan) mendengar penerangan operasi harimau di pusat kawalan operasi di Sekolah Kebangsaan Bihai di Pos Bihai, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menutup tiga sektor operasi menangkap harimau di kawasan perkampungan Orang Asli di sini berikutan tiada harimau belang dikesan di kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Datuk Fakhrul Hatta Musa berkata, pihaknya kini menumpukan operasi di sektor satu iaitu di Kampung Remau, Pos Bihai di sini apabila mengesan seekor harimau di kawasan itu pada 18 Februari lalu.

Katanya, selepas 77 hari berkampung menjalankan operasi di Pos Bihai, Pos Balar dan Pos Belatim, kawalan operasi di sektor dua, tiga dan empat telah ditutup.

“Sebelum ini, harimau itu memang berada di kawasan sektor satu, dua, tiga dan empat. Selepas menjalankan pemantauan, harimau belang itu didapati sudah tidak kelihatan di tiga sektor.

“Jadi, kita akan menumpukan di kawasan sektor satu iaitu di Kampung Remau apabila ada kesan harimau berhampiran habitat asalnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat kawalan operasi harimau di Sekolah Kebangsaan Bihai di Pos Bihai di sini hari ini.

Menurut Fakhrul, meskipun tiga sektor operasi telah ditutup, pihak Perhilitan dan anggota Pasukan Senoi Praaq atau Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) tetap akan melakukan pemantauan secara berkala sekiranya mendapat maklumat kehadiran harimau di kawasan itu.

Katanya, selain itu, sebanyak lapan perangkap harimau belang atau perangkap wahab dan 64 kamera turut dipasang di kawasan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI