fbpx

Aset dan akaun bank Rohana dibekukan susulan siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohana

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan perintah pembekuan ke atas aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro), Datuk Rohana Rozhan.

Arahan pembekuan berkenaan dikeluarkan susulan siasatan yang dijalankan oleh SPRM berhubung pendedahan yang dibuat oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner melibatkan kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Sumber SPRM berkata, perintah pembekuan aset tersebut dibuat mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).

“Perintah pembekuan itu sekali gus melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi membabitkan rumah dan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).

“Tindakan dibuat selepas SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan Leissner yang mendakwa diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta (RM42 juta) di London,” katanya.

KOSMO! ONLINE sebelum ini melaporkan SPRM telah membuka siasatan terhadap Rohana susulan dakwaan pemberian sebuah rumah di London bernilai AS$10 juta kepada wanita berkenaan.

Rohana juga telah dipanggil oleh suruhanjaya tersebut untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pada Khamis lalu.

Leissner ketika memberikan keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB di Amerika Syarikat memaklumkan bahawa dia sebelum ini mempunyai hubungan dengan Rohana.

Memetik laporan oleh Bloomberg, Leissner ketika ditanya oleh pendakwa, Drew Rolle menjelaskan bahawa hubungan tersebut telah berlanjutan sejak 2003 hingga 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI