fbpx

Ketua WTO beri amaran harga makanan naik akibat krisis Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGOZI bersama Perdana Menteri Itali, Mario Draghi semasa sidang kemuncak Negara Kumpulan 20 (G20) di Rom pada 30 Oktober, 2021. - AFP

WASHINGTON – Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala memberi amaran mengenai ‘impak ekonomi’ akibat  perang di Ukraine yang akan menjejaskan pengguna di seluruh dunia.

“Akan ada impak besar berkaitan harga gandum dan roti (kenaikan harga) untuk pengguna,” katanya dalam satu mesyuarat secara maya bersama ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

Ngozi mengakui bahawa Ukraine adalah antara pengeksport gandum terbesar dunia.

Georgieva mengulangi amarannya sebelum ini mengenai ‘risiko besar ekonomi’ disebabkan konflik itu terhadap pemulihan global selepas pandemik Covid-19 dan menyatakan, ‘kesannya akan dirasai di seluruh dunia tanpa terhad kepada Ukraine’.

Tambahnya, inflasi juga dibimbangi akan turut melambung berikutan kenaikan harga tenaga dan gandum.

Pada Khamis lalu, harga minyak mentah melepasi paras AS$100 (RM420) setong untuk seketika buat pertama kali sejak 2014 

Amerika Syarikat dan Eropah melaksanakan sekatan ke atas Moscow dengan menyasarkan sektor kewangan tetapi memberi pengecualian kepada ekonomi pertanian dan minyak setakat ini dalam usaha untuk meminimumkan impak terhadap rakyat mereka sendiri.

Konflik Rusia-Ukraine juga menambahkan lagi ketidaktentuan mengenai ekonomi global  yang dapat dilihat dalam kejatuhan  pasaran  kewangan di samping meruntuhkan keyakinan dalam pasaran baharu lain dan menyebabkan penarikan keluar modal ketika negara-negara membangun memerlukan lebih banyak dana pelaburan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI