fbpx

Polis cari saksi kes kemalangan wanita maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Sultan Mohamed 1 semalam.

KLANG – Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang wanita yang maut digilis sebuah kenderaan di Lebuh Sultan Mohamed 1 di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun menunggang motosikal bersendirian menghala ke Lebuh Raya Selat Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabilamangsa yang menunggang motosikal jenis Skuter Beat dipercayai bergesel dengan kenderaan di kirinya sebelum hilang kawalan dan jatuh ke jalan raya.

“Mangsa kemudian digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badannya.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Vijaya, semasa kejadian didapati cuaca hujan dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 untuk tindakan lanjut atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI