fbpx

PRN Johor: Hasni dicabar empat calon lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni tiba di Pusat Penamaan Calon DUN N53 Benut di Dewan Serbaguna Benut, Pontian hari ini.

PONTIAN – Menteri Besar Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut tiba kira-kira pukul 9 pagi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Benut di sini pagi ini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna biru tiba bersama pencadang dan penyokong sebelum membuat imbasan MySejahtera yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia (KKM).

Hasni yang mewakili Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Benut bagi penggal keempat bermula pada tahun 2008, 2013 dan 2018.

Terdahulu, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Isa Abd. Hamid yang memakai baju Melayu berwarna merah jambu tiba pada pukul 8.15 pagi dengan ditemani oleh pencadang dan penyokong.

Kemudian diikuti oleh calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Iskandar Noor Ibrahim dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniff@ Ghazali Hosman.

Ketika ini kesemua calon bertanding sedang menghantar borang pencalonan kepada Pengurus Pilihan Raya N53 DUN Benut, Mohd. Raffi Abdullah yang juga Pegawai Daerah Pontian.

Kawasan pusat penamaan calon tersebut dikawal rapi oleh pasukan keselamatan dengan membuat penutupan jalan di hadapan Dewan Serbanguna Benut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI