fbpx

PRN Johor: Saingan 6 penjuru di DUN Kempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nornekman (tengah) calon terakhir tiba di Pusat Penamaan Calon DUN N47 di Dewan Kompleks Perumahan TNB di Kempas hari ini.

JOHOR BAHRU – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nur Faizal Abdullah, 49, tiba paling awal di pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Calon kedua yang hadir ke pusat penamaan calon tersebut ialah calon Bebas yang merupakan seorang guru matematik, Mohd. Azwan Abd. Rahman, 40, tiba pada pukul 8.15 pagi.

Seorang lagi calon Bebas, Mohd. Hambali Munadi, 61, yang merupakan bekas ketua Kampung di Kempas tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi.

Pada pukul 8.40 pagi, calon Barisan Nasional (BN) iaitu Timbalan Ketua UMNO Pulai, Datuk Ramli bohani tiba ke pusat penamaan calon berkenaan.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan tiba pada pukul 9 pagi sebaik kaunter penyerahan borang penamaan calon dibuka.

Anak kepada bekas Menteri Besar, Nornekman Osman yang merupakan calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) tiba lima minit kemudian sebagai calon terakhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI