fbpx

‘Pesta’ beras atas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan orang ramai mengerumuni lokasi beras terjatuh di atas jalan raya di Jalan Persiaran Hamzah, Klang.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Suasana di Jalan Persiaran Hamzah Alang di sini, bertukar menjadi ‘pesta’ beras apabila puluhan guni makanan asas itu terjatuh dari sebuah treler, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam ketika treler dari Tanjong Karang itu dalam perjalanan ke Shah Alam bagi menghantar beras.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati treler itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 38 tahun.

Katanya, setiba di lokasi kejadian didapati muatan guni di treler itu hilang keseimbangan sebelum terjatuh ke jalan raya.

“Akibatnya, beras tersebut bertaburan di jalan raya sebelum anggota polis tiba bagi mengawal keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, kerja-kerja mengalihkan beras ke lori lain turut dilakukan dan kes disiasat mengikut Rule 19 LN 166/59 iaitu muatan jatuh dari atas kenderaan.

Insiden itu kemudiannya menjadi tular menerusi dua rakaman video masing-masing berdurasi tujuh dan 45 saat memaparkan orang ramai mengerumuni lokasi kejadian bagi mengambil beras tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI